Thursday, 8 August 2019

KARNIVAL RAYA-KAAMATAN

Assalamualaikum, guys!

Gambar2 sekitar Program Karnival Raya-Kaamatan
 
      Tempat          :  Pusat TMEC, Kg. Toboon-Minansar, Ulu Kimanis, Papar
       Tarikh           :  22-23 Jun 2019 ( Sabtu - Ahad )
          Masa          :  08.00-05.00 pm.











Walaupun penganjuran adalah setakat 'kampung-kampung' sahaja, tetapi program ini merupakan antara program terbaik yang dianjurkan oleh TMEC setakat ini.

Banyak lagi program yang sedang dalam perancangan dan akan dilaksanakan dalam waktu terdekat, insya Allah. Stay tune, guys!



Sunday, 19 May 2019

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI TMEC 2019


PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI
TOBOON-MINANSAR ECOTOURISM COMMUNITY (TMEC) 2019

1.0   SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.1      Terbuka kepada masyarakat dalam daerah Papar sahaja terutama ahli-ahli 
        Komuniti Toboon-Minansar yang berminat dan mempunyai daya kreativiti yang
        tinggi.
1.2     Yuran penyertaan dalam pertandingan ini ialah RM5.00 bagi setiap penyertaan.
1.3     Logo boleh dicipta dengan menggunakan grafik komputer JPEG dan Adobe
        Illustrator (Ai)
1.4     Idea dan kreativiti penciptaan loga adalah ASLI (ORIGINAL), bukan ciplak atau
        tiruan. Penganjur berhak menarik balik hadiah sekiranya ciptaan bukan asli.
1.5      Penghasilan logo yang dikemukakan perlu disertakan dengan penerangan yang
        jelas.
1.6     Semua penyertaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk softcopy (pendrive
        dsb) dan hardcopy. Semua keperluan dan peralatan yang diperlukan adalah
        tanggungjawab peserta. Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang
        kemudahan bagi tujuan ini.
1.7     Keputusan akan diumumkan melalui telepon dan hadiah akan disampaikan
        semasa Karnival Raya Kaamatan TMEC pada 22-23 Jun 2019 yang akan datang.

2.0   SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO
2.1     Logo hendaklah mempunyai perkataan Toboon-Minansar Ecotourism
        Community dan akronimnya TMEC.
2.2     Logo hendaklah mempunyai tidak lebih 4 warna tidak termasuk hitam dan
        putih.
2.3     Penghasilan logo hendaklah selaras dengan matlamat TMEC sebagai pusat
        rekreasi ekopelancongan, menggalakkan aktiviti sosioekonomi, berdiri atas
        kekuatan komuniti, keindahan alam semulajadi dan mementingkan kebajikan
        ahli.
2.4     Setiap warna dan bentuk yang digunakan dalam rekaan hendaklah disertakan 
        definisi lengkap bagi setiap symbol dan warna yang digunakan.
2.5     Logo hendaklah mempunyai motto tidak melebihi 5 patah perkataan.
2.6     Reka bentuk logo perlu menarik, jelas, mudah difahami dan kemas.

3.0   TEMPOH PENYERTAAN
3.1    Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 JUN 2019 sebelum  jam 04.00 petang.
       Sebarang penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan
       oleh pihak urusetia.

4.0  HADIAH KEMENANGAN
4.1    Hanya satu reka bentuk logo sahaja akan dipilih sebagai pemenang.
4.2    Pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM200.00 dan
       sijil.

5.0   PANEL PENILAIAN
5.1     Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputuan MUKTAMAD oleh ahli 
        panel penilai dan panel penilai berhak membatalkan penyertaan sekiranya
        peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
5.2    Panel berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang menyertai 
        sekiranya perlu.
5.3     Semua ciptaan adalah menjadi hak milik TMEC.

6.0  BORANG PENYERTAAN
       6.1  Borang penyertaan boleh dimuat turun di sini  atau dapatkan
             sendiri daripada Urusetia Pertandingan Mencipta Logo di Pusat TMEC, Kg.
             Toboon-Minansar, Ulu Kimanis, Papar.
       6.2  Penyertaan yang lengkap boleh dikemukakan kepada;

              Puan Siti Zulaikha Zura Abdullah,
              SMK Benoni, Jalan Benoni-Spur,
              Peti Surat 189, 89608,
              Papar, Sabah.

Atau hantar sendiri ke;

              Urusetia,
              Pertandingan Mencipta Logo TMEC,
              Di Pusat TMEC, Kg. Toboon-Minansar,
              Ulu Kimanis, Papar, Sabah.